Sunday 28 February 2016

MOVIE BOLLYWOOD PULAK!!!



Hangpa dah tengok movie ni?haishh!!memang best movie ni..dah lama aku tak tengok filem yang feeling sebak camni...filem simple saja,tapi banyak part yang tengkok aku ni kembang kecut kembang kecut sebak,ayaq mata keja dok bergelinang tingai nak terayak..nasib ada member ofis,kalau tidak tereyak buat tak tau dah la,bukan ada orang tau pun noh...heh!!

nak tulih sinopsis pun,tak reti..satgi kalau aku tulih sinopsis,hangpa takyah tengok filem ni pun,aku punya sedap taip sinopsis tu dari awai sampai abih la jawabnya..pakai paham camtu saja.heh!.jadi cita bollywood yang bleh layan la.Dilwale tu pun aku tengok tak "stone"macam filem ni..nasib kajol ja lawa dalam cita tu..

patut la banyak dalam facebook ramai yang nak anak muka comey macam shahida tu..memang elok sunguh pun..comey ngat aih!!haish!!kira aku dalam hati pun terpikiaq jugak la nak anak muka comey camtu..bukan salah pun kan.biasa la manusia dengan benda cantik indah ni.:p

lagi satu jalan cerita file ni memang simple && senang paham..Kalau tadak subtitle pun bleh paham filem ni cita pasai apa..

Memang India dengan Pakistan tak ngam ka??pasai cita ni aku baru tau..tak tanya pak google lagi pun pasai ni..nanti ada masa senang baru nak cari pasai kes ni.. 

pasai sountrack??errrr...aku skip saja semua part menyanyi ni..macam cemuih..taktau la kot2 ada lagu yang best..sory no komen..nak dengaq kat youtube pun malaih..bukak nak dengaq lagu soundtrack,p bukak benda lain..hmm....

kira keseluruhan aku bagi 4.5/5 la movie ni..yang lagi .5 tu,mungkin sebab soundtrack aku tak dengaq lagi kot??hehe

 
p/s:lagu tema Dilwale tu la yang paling tak super macam lagu tema filem2 bollywood yang len..dengaq lagu macam tua ja pon..sebab hero2 tua??

OBESITI!!!!


Assalamualaikum..

Haishhh!!!semangat lain macam aku dengan blog ni...keja nak menaip saja..ok dah ada hobi baru..akupun tak larat nak layan movie dah..Tv series lagi la..sampai abih semua season punya layan...

ok..entri kali ni mau dok sembang pasai....OBESITI!!
rakyat Malaysia dikategorikan negara yang banyak masyarakat yang gemok...Sesetengah makhluk ni tidak kisah dengan bentuk fizikal sedia ada..bagi aku,bagi yang kilo lebih ni,memang aga susah dalam banyak hal..(walaupun memang ada kelebihan orang yang fizikal macamni)tapi tetap masih dikategorikan golongan yang mudah terdedah dengan banyak penyakit..

Jadi,ada jugak yang dah sedar dengan keburukan obesiti ni..jadi,perlulah amik langkah drastik untuk bagi kuruih balik....TAPI!langkah yang amik macam tak kena lak dengan situasi...

TAK MAKAN NASIK TAPI NAK KURUIH!!MAMPOIHHHH.....

aku penah baca di paper yang sorang artis ni dah lama tak makan nasik,6 bulan katanya..bravo!!!tapi dah brapa tahun aku tengok dia,dia pun buat comeback balik,macam tak ada beza dengan time keluar program tet!tet!____  tu...jadi,boleh ka kalau tak makan nasik,nak kuruih balik?nak kurang kilo tu?pada pendapat aku,TIDAK BOLEH!!dan ingin au katakan sekali lagi..TAK BLEHH!!!

AKU PUN SEORANG YANG KILO LEBIH JUGAK.

kilo aku naik lepaih aku berenti merokok..naik mendadak kilo aku..gila haih!!Apa yang aku buat time nak bagi kurang kilo tu?yup!memang berhasil..takyah cucuk steroid..(sory geng bodybuilder...dan kau percaya dengan badan hangpa yang bertongkoi tu,memang hangpa amik steroid,takpun syntol..HEH!)
  1. ATTITUDE dengan pemakanan..
  • kurangkan makan nasik,benda berminyak,jaga time makan && makanan berkolestrol....minum lemon,limau,oren,limau bali,limau raya cina,ataupun buah yang sewaktu dengannya. kurangkan gula,elakkan air berGAS,minum ayaq masak banyak2..aku cuma makan banyak time hari sabtu sahaja..cheat diet la konon baq hang 
  1. WORKOUT 
  • Dah tak makan,xyah buat apa nak bakaq kalori tu?bakaq lemak tu?ha saja la mudah nak kuruih..kena rajin bersenam laa...cara aku,jumping rope sehari sejam..time keja pagi,(aku keja shif)aku akan jungle tracking naik bukit.....KALAU dah dalam sehari tu hangpa rasa termakan lebih dari hari lain,maka hangpa kena la workout lebih dari sepatutnya..kiranya bakaq balik kalori,lemak yang hangpa makan tadi tu..(cover balik la..tapi lebih JANGAN!)
dua benda ni saja yang aku buat selama 3bulan tanpa non-stop!!Alhamdulillah..buncit hilang,kilo kurang,amik gambaq pun tak la nampak bengkak muka ni..

Jadi,jagalah diri anda..bukan orang len nak jaga diri sendiri kecuali diri sendiri dan mak sendiri..tak rugi pun..untungnya jauh penyakit(mudah mudahan),badan sihat,otot elok,hensem tu sama ja,tak tara mana pun..heh!


 
    "With all our screaming
We are gonna rip right through your brain
We got the lethal power
It is causing you sweet pain Oh sweet pain
When we start to rock
We never want to stop again

Hit the lights
Hit the lights
Hit the lights"
 
metallica-Hit the light

    Saturday 27 February 2016

    CERITA DISEBALIK KUMPULAN ROCK MASA SCARECROW


    kenal band ni..?yup!aku pun kenai lambat band ni..sebab?aku ni masa kecik cuma dok layan lagu power rangers,kamen rider,katon2,lepaih tu keluaq main...mana macam budak2 lani,dok keraih(keras)dalam rumah,main tablet,game online,dengan ada astro ataupun download showbox,layan semua online saja..

    ok dah dari dok melalut ngata kat budak2 lani..adik aku pun sama jugak berkecimpung dalam dunia budak 2016 lani..cet!!tak dak real life....ok aku mengarut lagi....eh dia nak mengarut sunguh tangan ni...haishhh!!

    ok balik dari cerita band ni..Aku mula dengaq pun dari budak ofis aku,sebab dari form 1,sampai form 5 aku terlalu banyak layan underground muzik.jadi aku kenai rock2 kapak,axe,lanjut ka apa semua ni lambat...start dengan lagu "Persandingan abadi"..ok tangkap sebab time tu aku mana dengan putus cinta..(melugai tapi kena habaq sebab time ni masuk dengan jiwa hancoq leboq frust bercinta..).lepas tu baru aku layan lagu patah sayap malam,keindahan suci,amanda kasihku.aku beli tape ok..TAPE!BUKAN DVD!BUKAN DOWNLOAD!HANGPA ADA??!!

    TAPI......

    Style aku bila aku suka dengaq satu2 band dan lagu dari band tersebut,TOR!!TORSOBUT!!aku akan cari info pasal band tu,disebalik cerita band tu,dan kes2 yang jadi di belakang lagu2 indah shahdu band tersebut..TOR!TOR!!TORSOBUT!
     kisah yang paling sedih aku dengaq dalam band ni,mana yang ahlinya ramai yang mati akibat2 kes2 tertentu..

    Yang aku tau,arwah Lan mati sebab eksiden atas highway melibatkan kerabat diraja sekali,Arwah Zul mati kena hentam dan tikam dekat Pantai Balok Kuantan..kes ni yang paling kecoh time tu..aku taktau la apa depa ni tadak hati dok tibai orang sampai nak mati,simpan taktau nak buat apa..yang aku ni dok dengaq lagu brutal2,makan orang,bunuh budak,curik segala buah kebun orang,tengok movie "cannibal" pun,tak sampai hati nak tibai oraang sampai lunyai camtu..abih kuat nak lawan jgk,1 by 1!tu baru anak jantan..depa yang tibai tu memang anak jantan jugak,tapi tak berteloq..SER!!!

    camanapun,MASA dah pun bagi sumbangan kat generasi dulu,lani,lagu2 yang best..Al-fatihah untuk arwah.

    p/s:jagalah diri kita kat mana pon kita dok,jagalah persahabatan,jangan terlampau percaya pompuan,(selagi belum jadi bini) dan jagalah kesihatan jangan sampai jadi obesiti..sekian..


    "aku masih menanti saat kita bersama,
    memadu kasih yang menghalang kita disana..
    rindu rindu aku pada dirimu,
    bertemu kita besanding bersama selamanya.."

    lirik yang paling best dalam "persandingan abadi"..SHADUUUU!!

    WELCOME BLOGGER!!

    ASSALAMUALAIKUM....

    28 februari 2016/ 19 jamadil awal 1437

    Ni adalah first blog aku.Tak tau pasepa aku tetiba tringin nk blog2 ni...Mungkin disebabkan aku lani dah rajin baca blog2 pasal muzik,kesihatan,politik,cerita sensasi,kecam,menjatuhkan maruah orang dan lain2 cerita yang ada kat muka bumi ni..
    1,2,3!!Ok!dengan rasminya akupun dah terjebak dengan dunia BLOG ni...yeahh!!!

    *ada blog ni aku ni nak tahan lama?kita tengok berapa lama semangat aku dengan blog ni..
    jangan yang ni last sudahhhh..... :p

    aku pun tak tau cerita apa yang aku nak bagitau hangpa lagi ni..senang saja,kita pikiaq ada ramai lagi yang tak tau cerita/info2 penting,jadi kita share saja.kot2 ada makhluk yang bleh tau info walaupunsimple lepaih ni kan..ok sempoi mempoi!